
ISNIN, 16 MEI 2011 - Hari Guru telah diadakan di peringkat sekolah dan telah diraikan oleh warga SMK Taman Bukit Indah...Hari Guru tahun ini telah bertemakan "GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA".. walaupun kehadiran pelajar tidak begitu ramai, tetapi sambutan itu tetap meriah...majlis dimulakan dengan pembacaan perutusan dari Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Johor dan telah dibacakan oleh PENGETUA SMK Taman Bukit Indah, Pn. Hjh. Zubaidah bt. Endot..., dan beliau seterusnya merasmikan Sambutan Hari Guru peringkat SMK Taman Bukit Indah dgn upacara memotong kek bersama guru-guru... Seterusnya, majlis diserikan dengan persembahan wakil murid selaku ketua pengawas meyampaikan sedikit sebanyak penghargaan kepada guru-guru..majlis turut disorakkan dengan persembahan Gendang 24 musim oleh para pelajar... selepas itu majlis diteruskan dengan penyampaian penghargaan guru-guru terbaik dalam beberapa kategori.,, termasuklah kategori guru yang segak, guru yang sopan, guru yang cute dan lain-lain.. para pelajar kelihatan seronok dan gembira melihat telatah guru-guru mereka yang bermacam-macam ragam dan aksi lucu dipamerkan... Setelah beberapa minit kemudian.,, majlis berehat sebentar dan mengarahkan para pelajar untuk ke kantin serta guru-guru untuk menjamu selera yang disediakan oleh pihak pengurusan kantin... sewaktu dengan itu, para pelajar berjumpa dengan guru-guru mereka untuk megucapkan selamat hari guru dan ada juga yang memberikan hadiah sebagai penghargaan kepada mereka... suasana di kantin sekolah waktu itu amatlah meriah dan heboh sekali... Selang sejam kemudian, majlis diteruskan dengan sukaneka yang disertai oleh guru-guru.., banyak acara yang dijalankan... para pelajar bersorak-sorak keriangan... setelah hampir 1 jam berlalu.,, majlis terus disambung dengan persembahan para pelajar dan guru-guru di dewan Seri Indah...Majlis diacarakan oleh En. Arvanee.. Persembahan dimulakan dengan persembahan kungfu oleh seorang pelajar lelaki dan dua orang perempuan berbangsa Cina... Majlis seterusnya merasa amat teruja menyaksikan persembahan insan istimewa dari unit pendidikan khas... seterusnya pertandingan karaoke yang melibatkan 9 kumpulan para guru... para pelajar dan guru kelihatan tersenyum dan ketawa melihat pelbagai aksi yang dipamerkan oleh guru-guru yang membuat persembahan... banyak lagi persembahan murid yang tidak dapat disebutkan.,, antaranya persembahan HAVOC BROTHER dan GROUP DANCE.. majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah oleh Puan Pengetua...
Sempena Hari Guru tahun ini, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua insan mulia yang bernama guru di MALAYSIA ini,...
Guru.!
jasamu amat disanjung.,,
tanpa kalian siapalah diri kami.,,
kami hanya insan yang lemah.,,
tidak mampu bertutur.,,
tidak mampu menulis.,,
tidak mampu mengeja.,,
tidak mampu untuk berbuat segala-galanya.,,
kalianlah yang mencorakkan diri kami...
sehingga menjadi insan yang berguna di masa hadapan kelak....
Insyaallah...
TERIMA KASIH CIKGU..!!!
SELAMAT HARI GURU..!!!
Sekian..... disediakan oleh Emy Ary
